Hei, gUys...!!! LEt mE show u...

Wednesday, 29 February 2012

Kisah Aku & Dia Dah PUTUS....................

"Aku dan dia da putus..."

"Kenapa??"

" Aku dah tak sayangkan dia... pelik bukan. Tiba- tiba perasaan tu hilang.."

" Kau pasti dengan keputusan kau?? Kau tak kesiankan dia ke? Dia sayangkan kau..."

"Kesian la jugak..Tapi bila aku fikir balik, lagi kesian kalau aku teruskan..Aku da tak mampu.."

"Buatlah apa yang kau rasa terbaik.."

Selepas Setahun.....................

"Aku geram!! Dia tipu aku...Lepas setahun baru aku tahu..."

"Kenapa? Apa yang jadik??"

"Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlau pedih..."

"Kenapa kau pedih? kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang.."

"Entah.Mungkin rasa dikhianati. tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia, sekarang aku dah longlai. Separauh mati aku terluka. Rabak!! Koyak!! Patah.....!!"

"Lupakanlah..Jangan bebani hati dan fikiran kau dengan benda yang da lepas ni..Tidurlah..da lewat."

" Aku tak boleh stop. Mata aku tak boleh lelap. Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime....."

Beberapa bulan kemudian.....

"Aku tertanye-tanye kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata..."

"Kau ada jawapan??

senyum....." Ada..Mudah."

"Apa dia??"

"Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu???"

"Kongsilah............."

" Allah SAYANGKAN aku...Dia tak nak aku SETIA pada orang tak hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir- fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai.  Hubungan aku dengan Allah aku terabai..."

" Maksud kau??"

"Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari Jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa, duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya cinta pada pencipta. Nak tahu sesuatu???

"Teruskan aku dengar...."

"Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku BELUM CUKUP BAIK. Dan aku perlu betulkan diri aku untuk dapat yang TERBAIK. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. tapi kita manusia ni manusia lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi...

" Kakak sepupu pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan.. Rindulah..Sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang- pegang tangan, bergambar rapat-rapat... Sebab itu lebih baik mencegah daripada mengubati bukan..."

" So sekarang...??"

"Aku tengah berjuang menjadi LEBIH BAIK.. Doakan. Selangkah dua langkah aku sedang berlari mendekati pencipta...."

"Lelaki?? Cinta???"

" Hanya yang HALAL....JANJI ALLAH itu pasti............"

"Kau yakin sekarang?? Rasa lebih baikk??

"Alhamdulillah. semua jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah. Aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh!!. hikmah itu kalau dicari,  digali manisnya tiada penghujung. Aku khilaf sebab aku tahu Allah sentiasa ada. Cuma manusia yang MENCIPTA JARAK...."

" Itu kata- kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau SEDIH KECEWA saja. Tapi sekarang aku dah sedar dan faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi SAYANG Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur............"






###So ramai-ramai kita amek tauladan dari kisah ni termasuk aku!!! ni macam kata2 untuk membina semangat dalam diri jugaklah kan... but at least kita ade sedikit kekuatan.. bagi sedar diri sikit... kita bukan ade LELAKI tu jew dalam dunia nie..Malah Allah lebih sayang kite....Alhamdulillah....

Wednesday, 22 February 2012

Sedih dalam Bahagia

hi to my diaries aku yang ngok ngekk!!! da lame giler tak update kan..bukan hape.. buzy sikit dengan TEST Costing , Account and Computerized...macam hape.... test hari sabtu and ahad plak tu...!!

 sediihhh kot.... rumah atuk ade kenduri... ermm..kenduri adek lelaki aku, MUHAMMAD SHAHRUL AKMAL khatam al-quran pade 19.2.2012... tapi aku tak dapat balik..hanye kirimkan salam and present untuk atuk, mak n adek nazrul... nak dijadikkan cerite...bulan Februari ni la paling byak tarikh2 penting dalam hidup aku... atuk (16/2), mak(23/2) , adek nazrul(22/2) and (17/2 ) arwah busu meninggal dunia...

my only bapa sedare aku yang paling best and paling aku sayang...Al-Fatihah untuk arwah busu ( MOHD NOR RAZI BIN HAJI NOH )... da 10taun busu tinggalkan along and adik2..sumpah!! I miss u so muchh!!! bapa sedare yang lain sume xboleh pakai.... Thanx for everything busu ~

adek aku yang shahrul nie paling rapat gan aku..sedihh kott ble dy ckp cmni.." along xbalik kan biler amal nak khatam.. janji hari tu nak balik tapi last2 xjadik..adek sendiri nak khatam pun tak nak tengok " actually bukan aku tak nak balik, tapi ade komitmen lain yang aku kena setlekan...Test yang mcm gampang tu!!! gggrr!
SORRY dikk..Along and Angah tak dapat balik....:-(


ermmm..biler aku tengok gambar2 yang cousin aku amek, jadik jelez plak coz meriah giler kot.. atuk kalau buat kenduri tak pernah nak hampakan cucu2 and sedare.. macam2 dye nak wat.. biar majlis 2 lancar and TERBAIKK...! 


sedare2 selalu cakap... nanty cucu nak kawin agaknye lagi superb...(tah biler la kan) hahaha! nasib baik aku tak balik aritu...kalau tak, cornfirm2 la kene interview gan sedare mare atuk yang kadang2 aku pun tak kenal..hahaha! yang penting, atuk and mak kena tunggu along berjaye dalam hidup and kalau ade umur, panjang jodoh and diredhai Allah...along kahwin jugak.. asalkan selalu diiringi doa atuk, mak,ayah and ibu...... Amiiinnnnnnnnnnnnnnnnnnn..............



MUHAMMAD SHAHRUL AKMAL..
My Lovely Younger Brother


Disamping Ibu and Ayah..


Kek Pulut Kuning sempena Birthday Atuk and mak...
Moge Panjang umur and murah rezeki...

Kenduri Khatam Al-Quran


Sembelih Daging Lembu...


Orang Kampung panggil MEREWANG...
lalalalala~




So, thahs all mende yang aku nak share ! well...tetap rasa sedihh jugakkk.....:-(